05 June 2015

La Tahzan

Assalamualaikum Dunia

Semakin hari semakin cepat masa berlalu, dan semakin banyak la pengalaman hidup yang aku kena tempuh, Pelbagai ragam manusia kat bumi Allah ni. Aku terasa amat kerdilnya diri bilamana melalui proses kehidupan. Realiti kehidupan yang tak sama dengan ape yang kita impikan. Ye, semua orang impikan kehiduapan yang PERFECT. Tapi ada ke manusia hidup tanpa masalah? tanpa cabaran? Jika ada, alangkah beruntungnyaa. Cuma perlu ada rasa syukur dengan kehidupan yang sempurna. 

Allah,

Semoga aku terus tabah dan redha dengan segala yang telah tertulis dalam perjalanan hidup aku. Aku memag tak mampu jadi sempurna seperti mereka semua. Tapi aku yakin semua yang jadi ada hikmah yang tersendiri. Walaupun kadang2 aku tersasar, bila rasa kecewa yang tak dapat aku luahkan. Lumrah manusia, akan perlukan teman untuk meluahkan, Dulu2, ada saja bahu untuk aku bersandar tika sedih, sekarang tak lagi. Aku keseorangan, tiada bahu untuk aku sandar meluahkan rasa bila aku sangat-sangat memerlukan. Tak mengapa, mungkin aku kena lebih banyak MUHASABAH DIRI. 

Terima kasih aku ucapkan pada orang yang masih sudi jadi tulang belakang aku, masih mampu dengan keluhan, bebelan dan tangisan aku. Biarpun singkat perkenalan kita. Aku harapkan ukhwah antara aku dan kau kekal selamanya, Terima kasih jugak pada yang mendoakan kesejahteraan hidup aku dari jauh. Semoga Allah terus merahmati kamu semua, Tak lupa jugak pada insan-insan yang TALAM ataupun yang menjadi HATERS utama. Semoga masih dalam rahmat Allah.


p/s: Al-Fatihah untuk kedua arwah mak, abah dan semua ahli2 saudara.